Top Social Icons

Ahad, 1 Mei 2016

Pemandu Myvi Mengamuk, Seorang Penjawat Awam Mati Dipukul


Segamat - Seorang penjawat awam mati dipukul 3 lelaki setelah kereta mangsa berlanggar dengan sebuah Myvi di KM69 Jalan Muar-Segamat berhampiran Kampung Lubok Bandan pada awal pagi 28 April. Dalam kejadian pada pukul 1 pagi, Mohd. Zainuddin Md. Ali, 39, yang memandu kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Jementah ke Segamat dipukul di tempat kejadian.



Laporan dari akhbar Kosmo memetik Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Yusuf Unais.



“Mengikut siasatan awal, dipercayai berlaku pelanggaran antara kereta dipandu mangsa dengan kereta jenis Perodua Myvi milik suspek yang dinaiki empat lagi penumpang. Mangsa memberhentikan keretanya di kawasan kejadian.

“Berlaku sedikit pertengkaran antara mangsa dan pemandu kereta Perodua Myvi sebelum suspek bersama dua lagi rakan lelakinya bertindak memukul mangsa sehingga mati sambil disaksikan dua lagi penumpang kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Gambar Kosmo

Menurutnya, orang awam yang melihat kejadian itu menghubungi polis dan suspek tidak menyedari mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, dua lelaki tempatan, seorang lelaki dan dua wanita warganegara Thailand ditahan di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk bedah siasat.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di belakang badan, dipercayai ditikam menggunakan pemutar skru, selain luka di belakang kepala dipercayai dibaling dengan batu," katanya.

Semua suspek berumur lingkungan 20-an kini direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Get widget

Disqus Shortname