Top Social Icons

Jumaat, 31 Julai 2015

Loqlaq - Selamat Datang and Welcome


Selamat datang ke blog loqlaq!!

Blog apa ni?
Blog ni tempat aku mengumpul bahan bahan yang santai dan menarik yang aku jumpa di internet atau di media sosial. Blog ni tak lah serius tapi mungkin ada post post yang serius tapi mungkin bermanafaat untuk semua.



Loqlaq tu apa?
Loqlaq tu dialek utara yang juga tempat aku dilahirkan dan kini adalah alamat tetap aku. maksud loqlaq ni susah sikit nak cerita sebab dia berdasarkan ayat. contoh ayat ayat yang loqlaq boleh digunakan adalah
1. loqlaq sungguh budak tu, ada ka pi ludah tang tepi pintu
2. awat hang ni loqlaq sangat, hat pi bagi tumpah ayaq tu buat apa?
penggunaan loqlaq ni selalunya merujuk kepada perangai yg kurang elok atau "clumsy"

Sebagai post pertama aku kat blog ni, aku nak kongsi soalan kertas julai bahasa kedah

Soalan2 loghat Kedah/Utara SPM Kertas Julai Bahagian I.
Anda diberi 30 minit untuk menjawab soalan-solan berikut.
Sila jawab semua soalan. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan-soalan di bawah.
Markah lulus adalah 60 peratus.

___________________________

1.  Tulong dengaq habih-habih na……toksah dok tebiang satni hang muleh kot

Ayat di atas kedengaran dalam satu perbualan Antara dua sahabat. Dalam kontek ini ayat tersebut merupakan

A)     Nasihat
B)      Amaran
C)      Gurauan
D)     Pujukan

__________________________

2.   Awat la yang hangpa dok tahana kat menatang depa bukan gheti apa……

“Tahana” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan perkataan

A)     Membelai
B)      Mendera
C)      Memberi makan
D)     Memandikan

_____________________________

3. Susunkan perkataan-perkataan di bawah mengikut turutan yang paling dekat hingga paling jauh

I Tengalong

II Balin

III Punggai

IV Hawin

V Tauk

A)     III, I, II, V, IV
B)      V, III, IV, II, I
C)      III, II, IV, I, V
D)     V, IV, II, I, III

____________________________

4.   “Mangkaq, Menghelorp, Kelolo, Loklaq”

Perkataan manakah yang tak sepatutnya berada dalam kumpulan di atas

A)     Mangkaq
B)      Menghelop
C)      Kelolo
D)     Loklaq

____________________________

5.   Perbuatan-perbuatan di bawah adalah reaksi manusia semasa ditimpa musibah

I Kelupoq

II Teghiak

III Meghaung

IV Keghyau

Susunkan mengikut turutan dari kurang ke paling serius
A)     I, II, III, IV
B)      II, I, IV, III
C)      II, IV, III, I
D)     II, III, I, IV

_______________________________

6.    Awang Bokceh terghjun keleborg habih selut belutin

Ayat di atas menceritakan perihal Awang Bokceh yang bermain
A)     Payung terjun
B)      Guli dalam tin
C)      Dalam Lumpur
D)     Dalam sungai

___________________________

7.   Menaboq, meghedih, menanam, menyulam, mengerat, memukoi, mengughoi

Perakataan-perkataan  di atas adalah proses
A)     Pemiliharaan lintah dari benih kecil hingga dewasa
B)      Semaian padi hingga menuai
C)      Semaian getah hingga menoreh
D)     Penanaman kopi hingga bancuhan kopi

_______________________________

8.   Pak Arq la ni sesak tak sangga sekepiang ghabit pun haram aih

“Sekepiang ghabit” dalam ayat di atas merujuk kepada
A)     Binatang
B)      Perbuatan
C)      Duit
D)     Riba

________________________________

9.    “Ghumbu, Ghempang  dan Isein” adalah ukuran untuk

A)     Kekuatan
B)      Keseronokan
C)      Kegilaan
D)     Kesedapan

_______________________________

10.   “Daih, Pelekorh, Highik, Ghenyak” adalah perbuatan untuk

A)     Membuat kenduri
B)      Membaca buku
C)      Mengalahkan lawan
D)     Menghidupkan api

_______________________________

11.   Mokalo hat pri depa celapak meneghu

“Celapak meneghu” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan

A)     Timpa kelam
B)      Gelak Wakwit-wakwit
C)      Pulun habih ghiang
D)     Singkei gigi

________________________________

12.   “Kebah” ataupun “Melanuih” adalah perkataan-perktaan yang merujuk kepada

A)     Tahap kegemukan seseorang
B)      Tahap kesihatan seseorang
C)      Tahap keseronokan bermain
D)     Tahap kepayahan soalan peperiksaan

_____________________________

13.   Hang kena ……..… , pi la sua …………..baghu depa uloq mai

Perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat di atas adalah
A)     ranggi, bangkong
B)      jadi ponen, ketorg
C)      hemoi, domoi
D)     baloq, cenonot

____________________________

14.   “Daje, pelaq, pulaih hawaq” adalah perkataan-perkataan yang digunakan sebagai

A)     Pujukan
B)      Pujian
C)      Makian
D)     Jampian

_________________________________

15.   “Tobat dan panah lintaq” adalah perkataan-perkataan yang sering digunakan semasa

A)     Bersumpah
B)      Bermain hujan
C)       Bermain wau
D)     Bersenam

_____________________________

16.  “Teghebei, Cakplong, Jengkek dan Toi” adalah jenis-jenis

A)     Makanan pembasuh mulut
B)      Senjata orang dewasa
C)      Pakaian tarian makyong
D)     Permainan kanak-kanak

__________________________

17.   “Kambe, galang geta, tibaq layaq, patoq” merupakan bahagian-bahagian pada

A)     Perahu
B)      Kereta Lembu
C)      Patong Wayang Kulit
D)     Rumah

__________________________

18.   “Seghork, Gedeho’q, Mentara, Stimet, Ketoq” adalah istilah-istilah yang digunakan semasa

A)     Menuai padi
B)      Membuat kenduri
C)      Menjual Lembu dan Ayam
D)     Menoreh getah waktu hujan

______________________________

19.   Lengkapkan ayat di bawah.

Takpa, takpa, satgi habih temakau tinggai……..
A)     Cempegha
B)      Cemerghkap
C)      Celepa
D)     Cemuih

Memang terbaik la soklan.. Jangan Tanya la jawapan sebab aku pon x berapa nak pandai.. Hahahaha

- A-

1 ulasan:

Get widget

Disqus Shortname